Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Dengan sukacitanya ingin ku kongsikan serba sedikit tentang diriku yang serba kekurangan ini agar dapat dikenali semua.Pertama kali,ingin ku maklumkan bahawa blog ini merupakan blog pertama yang ditulis olehku,maka segala kekurangan dalam penulisan ku ini harap dapat dimaafkan.
Nama diberi Nur Farhana binti Hashim.Berumur 18 tahun dan merupakan salah seorang pelajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS).Tanggal 1 Jun 1998,saya selamat dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan,Pahang.Oleh itu,secara rasminya saya merupakan warga Pahang.Namun begitu,saya pernah menetap di Kota Damansara,Selangor dan kini menetap di Nilai Negeri Sembilan kerana mengikut ayah saya yang terpaksa berpindah atas urusan kerja.Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik.Terlebih dahulu saya memberitahu serba sedikit tentang pesonaliti diri saya melalui apa yang saya tahu.Saya bukanlah seorang yang terlalu ramah tetapi bukan juga seorang yang terlalu malu di dalam pergaulan.Saya juga sudi berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira rupa mahupun tahap kepandaian kerana saya tahu saya juga bukanlah seorang yang terlalu sempurna yang layak menilai manusia.Akan tetapi,saya agak pemalu apabila berjumpa dengan orang baru.Selain itu,saya merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan teliti.Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan kepada saya mengikut kemampuan yang saya miliki.
Saya mempunyai seorang abang yang berusia 20 tahun yang kini merupakan seoarang pelajar Sem 4 Diploma Pengurusan Industri Halal di Kolej UNITI,Port Dickson,seorang adik perempuan yang berumur 15 tahun dan seorang adik lelaki yang berusia 13 tahun.Kedua dua mereka bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka,Nilai.Merekalah kawan pertama saya dan tempat saya bermanja dari kecil.Tanpa mereka,saya mungkin tidak tahu apa itu makna bergurau senda kerana dengan mereka,saya berkongsi segala masalah dan rahsia.Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana masih mempunyai keluarga yang lengkap dengan seorang ayah,seorang ibu dan adik-beradik sejak dilahirkan.Walaupun saya datang daripada keluarga yang sederhana,namun saya bersyukur kerana dapat tinggal bersama semua ahli keluarga saya dalam suasana yang sangat bahagia dan saling kasih mengasihi antara satu sama lain.
Nama ayah saya ialah Hashim.Ayah saya merupakan seorang pekerja di Malaysia Airport yang bertanggungjawab memegang jawatan sebagai seorang penolong pembantu tadbir.Saya sangat menyayangi ayah saya kerana dialah insan yang paling kuat dan tabah yang pernah saya kenali.Ayah sayalah yang telah menyara kami sekeluarga tanpa pernah mengadu penat dan lelahnya.Dia jugalah yang telah menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan oleh kami dari dulu sehingga kini.Selain itu,ayah sayalah yang mendidik kami empat beradik agar menjadi seorang individu yang berdisiplin serta berguna kepada masyarakat dan agama kelak.Sekiranya kami melakukan sebarang kesilapan,dia tidak jemu menasihati kami dan menghukum kami dengan cara yang betul agar kami mengambil iktibar atas segala kesilapan yang telah kami lakukan.Oleh itu,kami akan cuba megelak daripada mengulangi kesilapan yang sama.Nama ibu saya pula ialah Normadiah.Saya juga sangat menyayangi ibu saya kerana dialah insan paling penyabar yang pernah hadir di dalam hidup saya.Dialah yang melahirkan saya dan merupakan guru yang paling setia buat saya.Ibu sayalah tempat saya mengadu dan meluahkan perasaan.Ibu saya tidak pernah jemu memberi dorongan dan semangat buat saya sekiranya saya berasa tertekan dalam pelajaran.Selain itu,bagi saya,ibu saya juga merupakan seorang tukang masak yang sangat handal kerana masakannya tidak pernah gagal buat kami sekeluarga.sebagai kesimpulannya,keluarga saya merupakan sesuatu yang sangat penting di dalam hidup saya.
Selepas tadika,saya mendapat pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7(SKS7),Sungai buloh,Selangor.Saya berjaya mengharumkan nama sekolah saya dengan mendapat keputusan yang sangat cemerlang di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Saya sekali lagi berjaya mengharumkan nama sekolah menengah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka,Nilai dengan pencapaian saya yang cemerlang di dalam Penilaian Sekolah Menengah (PMR) dan juga Sijil Penilaian Malaysia (SPM).Sebenarnya,saya merupakan salah seorang murid yang mengambil subjek bahasa Arab di sekolah.Saya amat menggemari subjek bahasa Arab ini kerana ianya merupakan salah satu subjek yang membuatkan saya tidak jemu berusaha mengkaji dan memahaminya.Bukan itu sahaja,ia juga merupakan suatu bahasa yang dapat menenangkan jiwa.Walaupun saya tidak ditakdirkan untuk menyambung bahasa Arab pada masa sekarang ini,tetapi saya berazam untuk menyambung kembali bidang bahasa Arab ini selepas pengajian saya di matrik selesai.Oleh itu,saya akan berusaha sebaik mungkin daripada sekarang untuk mendapat pointer yang tinggi agar saya layak memasuki mana-mana Universiti yang menyediakan bidang Sains Agama.Hal ini kerana,saya juga amat meminati bidang sains dan bercita cita untuk menjadi seorang doktor yang bukan sahaja mahir dalam bidang sains,malah mempunyai kelebihan dalam berbahasa.
Saya bukanlah seorang pelajar yang boleh dikategorikan sebagai "genius" namun,saya akan berusaha untuk menjadi seorang pelajar yang sangat cemerlang dengan usaha yang gigih.Saya mengetahui tahap saya dan segala kelemahan yang ada pada diri saya.Oleh itu,saya tidak akan berhenti berusaha agar saya dapat mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang yang berguna pada negara dan agama di masa akan datang.Saya ingin membanggakan kedua orang tua saya yang telah berpenat lelah menyediakan segala-galanya untuk saya sehingga saya berjaya ke tahap ini.In Shaa Allah,dengan berbekalkan doa dan harapan daripada orang tua saya,guru-guru, dan sahabat,saya akan berjaya.Bukan itu sahaja,selain doa dan usaha,saya juga tidak akan lupa untuk bertawakal kepada Allah.Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.Diharap agar cita-cita saya untuk membawa kedua orang tua saya ke Mekah bagi menunaikan Haji dapat ditunaikan.
Itu sahaja kisah yang dapat saya ceritakan tentang diri saya.Saya harap segala impian dan cita-cita saya tercapai.Saya juga berharap agar segala kekurangan yang ada pada diri saya dapat diperbaiki dan dibaikpulih dengan sebaik mungkin.
awww . sekarang saya dah kenal dengan family awakk
ReplyDeletehahahahahahaha weeyyyhhhh...jngn lh bacaaaaaa.. malunya aku😂😂😂😂
ReplyDeletehahahahahahaha weeyyyhhhh...jngn lh bacaaaaaa.. malunya aku😂😂😂😂
ReplyDeleteknee lah bacaa.. blog kan hahahahah
ReplyDeleteknee lah bacaa.. blog kan hahahahah
ReplyDeletekau ni zimah.......meh lh blog kau..aku nk baca gak..kata blog kn..bg aku link cepat!!
ReplyDeleteMasyaallah :') hahahaha
ReplyDeleteMasyaallah :') hahahaha
ReplyDeleteapaaaaaa hahahhaha...jmpa dah sorang lg...apalah nseb
ReplyDelete