HOW IS KMNS LOOK LIKE
Di atas ini adalah benda pertama yang saya lihat sebaik sahaja saya tiba di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) ini.Papan tanda yang tertera nama penuh KMNS ini lah memberi petanda kepada diri saya bahawa saya merupakan salah seorang bakal pelajar di kolej ini.Bukan itu sahaja,ia juga memberi makna kepada diri saya bahawa saya bukan lagi digelar pelajar sekolah menengah tetapi pelajar kolej matrikulasi.Oleh itu,jelaslah bahawa sebaik sahaja saya melangkah kaki melepasi papan tanda ini,perjuangan saya yang seterusnya sebagai seorang pelajar bakal bermula.Saya tidak boleh lagi berfoya foya dan bersenang lenang seperti diri seorang pelajar lepasan SPM.Kini,saya menyedari bahawa selepas ini,masa saya tidak akan lagi senggang kerana ia bakal dipenuhi dengan jadual pembelajaran yang sangat padat.Pelbagai perasaan muncul selepas saya melihat papan tanda KMNS ini.Saya tidak dapat menggambarkan perasaan saya ini sama ada saya berasa gembira ataupun sedih,hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.Saya terus memberanikan diri melangkah melepasi papan tanda ini dengan ditemani oleh kedua orang tua saya.

Inilah laman pertama yang saya lihat sebaik sahaja saya berjaya melangkah masuk ke dalam Kolej Matrikuasi Negeri Sembilan ini.Pada ketika ini,saya merasakan bahawa kolej ini tidak kurang seperti kolej-kolej matrikulasi yang lain kerana kolej ini juga mempunyai hiasan dalaman yang dapat menarik hati para pengunjung.Memandangkan kolej ini terletak di Negeri Sembilan,maka tidak hairanlah mengapa kolej ini dihiasi dengan seni rekaan kebudayaan Negeri Sembilan.Saya dapat melihat bumbung minangkabau di dalam kolej ini.Daripada situ jugalah,saya dapat mengetahui bahawa kolej ini telah lama dibina dan menapak di sini.Ini menaikkan lagi semanagat saya untuk belajar di sini kerana saya menyedari hakikat bahawa saya bakal menjadi warga kolej matrikulasi yang sudah tentu banyak berjasa kepada anak bangsa serta mempunyai banyak pengalaman dalam mendidik para pelajar matrikulasi.Dengan ini,saya meneruskan langkah saya dengan gembira.

Ini pula adalah destinasi pertama yang saya tuju untuk menguruskan urusan pendaftaran.Alhamdulillah saya bernasib baik kerana ditempatkan di Kluster A atau dikenali sebagai Blok Asrama Jauhari.Kluster A merupakan blok asrama yang mempunyai sedikit kelebihan berbanding Kluster B dan Kluster C kerana Kluster A terletak berdekatan dengan bangunan-bangunan penting seperti bangunan kuliah,perpustakaan,surau mahupun bangunan tutor.Selepas mendaftar,saya menuju ke bilik.

Inilah keadaan bilik-bilik di kolej matrikulasi ini di mana terdapat 4 buah katil di dalam setiap bilik.Di setiap bilik juga tersedianya ruang ampaian untuk menyidai pakaian-pakaian yang kering di dalam bilik atau pakaian yang basah sekiranya keadaan di luar asrama hujan.Bantal telah pun disediakan dan para pelajar tidak perlu risau akan meja belajar kerana meja belajar yang disediakan masih dalam keadaan yang baik dan keadaannya tidak terlalu kecil,sesuai untuk para pelajar di kolej ini.Sekiranya almari pakaian berada di dalam keadaan yang kurang baik,para pelajar diberi hak untuk membuat aduan di portal pelajar.Melalui portal itu,segala kerosakan akan diperbaiki dengan secepatnya kerana hanya mengambil masa satu hari untuk menunggu sebarang respon.Oleh itu,para pelajar di kolej ini tidak mempunyai sebarang masalah berkenaan keadaan infrastruktur di sini.Walaupun segala infrastruktur di kolej ini lebih lama daripada kolej-kolej matrikulasi yang lain,tetapi pelajar diberi hak untuk membuat aduan dan sebagai ganti ruginya,aduan itu diambil tindakan dalam jangka masa yang singkat.

Inilah keadaan lorong di setiap aras blok-blok asrama.Setiap aras disediakan dua buah mesin basuh.Oleh itu,pelajar tidak perlu bersusah payah membasuh pakaian menggunakan tangan kerana setiap mesin basuh di kolej ini hanya memerlukan bayaran sebanyak RM2 setiap cucian tanpa mengira berat pakaian yang perlu dicuci.

Selepas ke bilik,saya menuju pula ke surau di KMNS ini.Surau ini diberi nama Surau Al-Muttaqin.Di surau inilah saya menemui ramai kawan-kawan baru daripada latar belakang yang berbeza.Di surau ini jugalah saya menjalani program orientasi.Ketika saya mula mendaftar di kolej ini,ia adalah bulan Ramadhan,maka di surau ini jugalah saya dan rakan-rakan saya yang baru berbuka puasa bersama.Selepas itu,kami solat berjemaah bersama.Selepas tamatnya program orientasi,surau ini sudah jarang dikunjungi oleh para pelajar.Surau yang indah ini hanya dikunjungi sekiranya terdapat program-program kolej sahaja.Alangkah sedihnya kerana ia jarang dikunjungi oleh para pelajar secara sukarela.

Beginilah rupa makmal sains dan bangunan tutor di KMNS ini.Di tempat inilah saya menimba ilmu dan ia merupakan destinasi yang kerap dikunjungi oleh saya setiap hari di KMNS.Semua pensyarah-pensyarah yang mengajar kami di sini baik-baik belaka.Walaupun mereka mendidik dengan cara yang berbeza dan mempunyai perwatakan yang berbeza,tetapi mereka mempunyai misi yang sama iaitu untuk mendidik kami agar kami memperoleh pointer yang tinggi dan cemerlang untuk melayakkan diri ke universiti-universiti awam.Di sini,para pensyarah menyediakan segala keperluan untuk kami tanpa meminta apa-apa balasan.Di sini juga,kebanyakkan pensyarah menyediakan nota untuk kami bagi memudahkan kami memahami dan merujuk apa yang diajar oleh mereka ketika di dalam dewan kuliah.Oleh itu,kami tiada sebarang alasan untuk tidak memahami apa yang diajar oleh mereka.Sekiranya ada di antara kami yang ketinggalan kerana tidak menghadiri kuliah atas faktor kesihatan,nota-nota kuliah inilah yang dapat membantu kami serba sedikit untuk memahami apa yang dipelajari.Selebihnya,kami dibenarkan untuk berjumpa sendiri para pensyarah secara berdepan di unit setiap subjek yang berkaitan.
Ini pula adalah kemudahan-kemudahan lain yang disediakan di KMNS ini.Gambar di sebelah kiri menunjukkan koperasi yang tersedia di sini bagi memudahkan para pelajar membeli barang-barang yang diperlukan di asrama,makanan mahupun topap.Gambar di sebelah kanan pula menunjukkan dataran yang sering digunakan warga KMNS untuk acara-acara besar dan penting.Gambar di bawah itu pula adalah sebahagian daripada gelanggang sukan yang disediakan di sini sebagai kawasan riadah pada waktu petang.
Setakat ini sahajalah yang dapat saya kongsikan tentang suasana di KMNS sepanjang 4 bulan saya berada sini.Maafkan segala salah dan kekurangan blog ini.And lastly,terima kasih kerana tabah dan tekun mambaca blog yang penuh skema dan membosankan ini,hahahahahaha.Okay,let be honest,saya tak lah seskema penulisan saya ni haaa tp disebabkan ni adlh salah 1 bentuk assignment so we must show our good attitude right?So,forgive my hipokritism hehehe.At least smua info yang saya kongsikn ni takde yang ditokok tambah tau.Smuanya based on truly fact of KMNS.Hope membantulah serba sedikit untuk sesiapa yang tiba-tiba terjumpa blog ni masa tengah nk buat research psal KMNS ke apa en.hahahaha kay..perasan lebih.Takpelah,I redha xde pngunjung blog ni.
#indahnyabuatblogsyoksendiri
BM SPM confirm A+
ReplyDeletehahahahahahahaha...kuajo kuajo..rse dihina..pedih
ReplyDeletehahahahahahahaha...kuajo kuajo..rse dihina..pedih
ReplyDeletemiss u partner :(
ReplyDeletemiss u partner :(
ReplyDeletemiss u more nik!!
ReplyDeleteMajulah pana demi kmns
ReplyDelete#sapotpana
#sapotKMNS
woi!!hahahaha siapa suruh komennnnnn...degil ni degil
DeleteHAHAHAHAAHAHAA PANAOO DAH MAJUU BABY �� #supportmember
ReplyDeletemngapa sapot diberi sedemikian rupa.....
Deletexpe lh..beta hargai..thnks belon hahaha
mngapa sapot diberi sedemikian rupa.....
Deletexpe lh..beta hargai..thnks belon hahaha
Wow Farhana you should join any Bahasa Melayu writing competition HAHAHA yes i miss u :)
ReplyDeletemiss u too!!darling beybeh..hahaha kan...lepas ni nk terbit kn buku "Contoh karangan SPM" lh...kompom laku
Deletemiss u too!!darling beybeh..hahaha kan...lepas ni nk terbit kn buku "Contoh karangan SPM" lh...kompom laku
DeleteWow Farhana you should join any Bahasa Melayu writing competition HAHAHA yes i miss u :)
ReplyDeleteHii kak. Nak tanya kalau bulan puasa malam2 ada solat terawih tak kat surau? Time orientasi tu ada solat terawih tak?
ReplyDeletehai awak nnt masuk sini ?? 23 mei??
Deletehai akak farhana boleh ke kalau saya nk pm akak utk tnya lebih lg psl kolej dkt n9 ni?
ReplyDeleteYg bdk prmpn bukan melayu pun kena pakai baju kurung shj ke? Baju lengan panjang dgn seluar slack boleh tak? Printer boleh bawa tak..hair straightener?
ReplyDeleteWajib ke pelajar wanita islam memakai tudung kt sane?
ReplyDelete